Tuesday, May 12, 2009

Saturday, February 7, 2009

Ulama & Pramugari

Aku rasa kan, sume yang baca blog aku nih dah tau citer pasal "Ulama & Pramugari". Lupa? Aku ingatkan balikk..

Seorang ulama sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu. Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing basin), seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulama itu dan menegurnya.

Pramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki. Ini tempat basuh muka bukan basuh kaki.

Ulama: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri...) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?

Pramugari: (dengan sifat angkuh...) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari.

Ulama: (dengan sifat bersahaja....) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.....

Apakah maksud ituu..??

Kat sini aku nak persoal balik:

1. Kenapa ulama tu nak solat dalam flight? Sedangkan bukankah ada rukhsah solat dan kemudahan jama' dan qasar? Fine..dia fly untuk short-haul flight.. Tapi dalam intro cerita tu kata dia terbang ke sebuah negeri. Maksudnya lebih dari dua marhalah, atau lebih 90km. Selalunya flight inter-state ni lebih dari dua marhalah. Sedangkan KL-JB pun 300km, kurang 50 minit.

2. Kenapa nak sindir pramugari camtu? Pramugari tu cuma nak jalankan tugas dia. Dah prosedur jagaan inventori pesawat kata camtu.

3. Aku tak rasa pramugari tu cakap dengan angkuh. Sebab selagi mereka bertugas, adalah dilarang untuk mereka bercakap kurang sopan dengan penumpang. Kawan aku sendiri, sekarang Second Officer MAS, en route flight ke Male nak honeymoon, tapi dia bukan on duty. Ada pax gaduh. Pun diorang try setle cara baik. Cuma akhirnya pax tu kena flexible cuff.. Padan muka..

4. Adakah ulama tu pentingkan diri sendiri?? Sebab kalu pramugari tu kata akan mengotorkan sink tu, hormat la orang lain nak pakai jugakk.. Kalu pun nak amek wuduk semula, aku rasa ada small cup yang bley tadah air untuk dia basuh kaki kat dalam toilet tuh..

So? Apa masalahnye founder cerita nihh..??Komen dialu-alukan...

Saturday, January 31, 2009

Boikott..??Jahilnyee...

Aku agak sekarang ni memang merata tempat orang dok heboh pasal nak boikot produk Amerika. Why..?? Diorang cakap Amerika bagi duit kat Israel.. Ye..?Diorang cakap Amerika tu setan.. Ye..? Lagi..??Amerika..Amerika..

Sume Amerika..Israel..KFC..McD..

..tapi, pape pun, baca bagi habis petikan blog kat bawah ni:

"Manusia menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya." - ini adalah pepatah orang-orang Arab. Bukan hadis nabi. Namun demikian, kata-kata ini banyak kebenarannya. Saya sedikit agak kecewa, bahkan mungkin merungut sedikit. Saya memohon maaf jika tulisan saya kali ini agak pedas dan keras (syadid) sikit daripada biasa. Hal ini adalah kerana saya sememangnya tidak gemar apabila seseorang begitu mudah memberi hukum tanpa usul periksa. Isu memboikot barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol dengan Israel, saya tegaskan bahawa saya sangat bersetuju dilaksanakan, tetapi lakukan boikot tersebut dengan bijaksana dan berhikmah. Bukan dengan membuta-tuli atau berlandaskan kejahilan serta ke*****an yang kita miliki.

Umat Islam menjadi lemah adalah disebabkan sifat ingin tahu mereka terlalu rendah. Malah, untuk mencari ilmu pengetahuan pun kita begitu malas. Umat Islam, khususnya di Malaysia- lebih gemar mendengar khabar angin daripada menyelidik untuk mencari kebenaran. Lantaran itu, apabila kejahilan yang kita ikuti pasti akan mendekatkan diri kita ke gaung kehancuran. Isu memboikot restoran makanan segera KFC telah dilancarkan secara besar-besaran dalam kalangan bloggers, saya tidak tahu sama ada ia berlaku secara terancang, mahu pun terjadi atas dasar kejahilan kita sendiri. Namun demikian, hal ini sedikit sebanyak mengundang rasa kecewa dalam kalangan pengurus-pengurus kanan KFC Holdings Berhad - dan sudah tentu juga bagi Pihak Tan Sri Muhammad Ali Hashim, CEO JCorp yang menguasai syarikat Kulim Berhad, dan pada masa yang sama, Kulim Berhad merupakan pemegang saham terbesar dalam KFC Holdings Berhad.

Nampaknya, kejahilan dan ke*****an kita selama ini, telah menyebabkan kita tidak mahu menyelidik dan mencari kebenaran, malah lebih gemar mendengar khabar angin daripada realiti. Tidak ramai yang tahu betapa susah dan gigihnya kumpulan Tan Sri Muhammaa Ali Hashim bertungkus-lumus untuk beberapa tahun, semata-mata mahu menguasai KFC Holdings daripada tangan orang lain. Keluar masuk mahkamah dan pelbagai lagi cabaran, demi memastikan KFC Holdings menjadi milik orang Islam. Namun demikian, apabila kita malas untuk mencari kebenaran, maka yang kita peroleh adalah kejahilan. Dan apabila kejahilan yang kita sebarkan ia bukan sekadar membuka pintu fitnah, bahkan menunjukkan mentaliti umat Islam yang lebih mudah dipengaruhi oleh khabar angin daripada menyelidik terlebih dahulu sesuatu maklumat yang diterima.

Sejak akhir-akhir ini tersebar luas kempen untuk memboikot KFC di seluruh Malaysia, tidak kurang juga risalah yang bertaburan di masjid-masjid menyeru umat Islam Malaysia agar memboikot KFC Malaysia. Yang lebih malang, kempen boikot KFC yang penuh dengan fitnah ini datangnya daripada mulut mereka yang tahu hukum hakam agama bahkah bergelar Imam dan Ustaz. Padahalnya, mereka sendiri tanpa sedar menyokong rejim Ziones dengan menghisap rokok di kaki tangga masjid. Bukankah lebih molek dan baik jika lakukan kempen membiokot rokok? tidakkah kita tahu rokok itu haram hukumnya? membawa banyak fasad (kerosakan) ke atas tubuh badan manusia? Dan pelik apabila ada manusia yang menyuruh memboikot makanan yang halal tetapi berdiam diri tentang rokok? Mengapa sampai begitu jahilnya kita ini? Jika kita rasa bahawa kita tidak tahu, sama ada KFC Malaysia terlibat dalam menyalurkan royalti (bayaran cukai) kepada KFC Amerika Syarikat yang menyokong Israel, lebih baik kita diam. Jangan membawa fitnah ke sana ke mari, semata-mata kerana kita sendiri tidak berapa pasti maklumat tersebut dan hanya mendengar khabar angin.

Saya sempat menghubungi pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim sebentar tadi- ternyata mereka sangat kecewa dengan kempen kotor lagi tidak bermaruah ini. Jelas, masyarakat kita kurang mengambil berat terhadap kesahihah sumber maklumat dan kurang amanah dalam ilmu pengetahuan. Perlu dijelaskan, bahawa KFC Malaysia hanya menggunakan jenama (brand) KFC semata-mata dan tidak membayar apa-apa cukai atau sebarang keuntungan kepada KFC induk di Amerika Syarikat. Cuma membayar yuran penggunaan jenama. KFC Malaysia adalah hak milik kita. Ia halal di makan tidak seperti rokok.

Menurut Pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim, ini semua adalah fitnah dan boleh menjejaskan pendapatan para pekerja di restoran-restoran KFC di seluruh Malaysia yang berjumlah 19 000 orang itu. Malah, rata-rata pekerjanya terdiri daripada orang Melayu-Islam. Jika para pemboikot itu sanggup menyediakan pekerjaan baharu kepada mereka, itu tiada masalah, silalah boikot. Tetapi malangnya, yang kita tahu hanya memboikot, apabila disuruh untuk menderma ke dalam tabung bantuan rakyat Palestin kita hanya sanggup masukkan RM 5 saja ke dalam peti derma di tepi pintu masjid. Sekarang, mari kita bertanya di manakah kita letakkan keutamaan jihad kita? memboikot sebuah produk yang terbukti salah untuk diboikot atau menggandakan jumlah derma kita kepada rakyat Palestin? Tepuk dada, tanya iman dan bukan tanya kepada Aiman.

Saya tegaskan sekali lagi, tiada salah untuk memboikot - tetapi biar secara bijaksana, berhikmah dan berilmu. Pilih betul-betul produk yang jelas menyalurkan bantuan kepada Rejim Ziones tersebut, jangan main sedap boikot saja. Umat Islam mundur kerana kita ketepikan soal (bijaksana) sebab kita jarang baca al-Quran. Lantaran itu kita mudah diperkotak-katik oleh bangsa lain. Adalah lebih baik pada pandangan saya kita boikot semua jenama rokok. Jelas ia memudaratkan kesihatan, malah jenama syarikat-syarikat besar rokok antarabangsa belum tentu selamat daripada dikaitkan dengan negara Israel.

Oleh yang demikian, saya menyeru kepada sesiapa sahaja, pergilah menjamu selera di restoran-restoran KFC, jangan ragu dan jangan gusar. Ia bukan sahaja halal, malah KFC Malaysia adalah milik orang Islam dan tidak terlibat dalam menyumbang wang atau royalti kepada negara Israel. Malah, ramai yang tidak tahu berapa juta ringgit yang telah didermakan oleh JCorp hasil keuntungan KFC kepada tabung rakyat Palestin. Semua ini memerlukan kita berhati-hati sebelum memboikot.


..aku pun heran gak..

..tah dari mana sumber pertalian ekonomi antara US-Israel....

..yang dikatakan bersumberkan produk berjenama US..

..see..tak sedar2 kita dah wat fitnah..

..tak rasa berdosa keww..?

..astaghfirullah..

Sumber:

http://jutawansenyapsenyap.blogspot.com/

Wednesday, November 5, 2008

diE suKe kE x SukE ke..peDuLik ..

Aku tak tau nak mula camne untuk update post nih.. Tapi la, yang pastinye, aku memang fucking busy ngan final aku. Untuk final papers aku, aku tak rasa ada masalah kat 3 paper yang sebelum ni. Asas Ekonomi Islam, English for Academic Purposes dan Arabic Language Level 1. Cuma paper English aku, kalu lecturer aku, Miss Valerie tu berhati perut, dapat la aku B plus untuk BEL311 tuh..

Anyhow, memang aku ngan room-mate aku the busiest couple..cheyy..couple? In the world la sekarang. Sebab carry marks yang rendah2 dan ciput2, so, kitorang terpaksa bangun 3/4 malam untuk solat hajat..issyy..study laa.. Pepun, KFC kat belakang kolej kitorang ni takkan dapat ditinggalkan.. Wahahahaha!!!

"..Yess..evening..I would like to hand up my order consists two dinner plates plus two large cheesy wedges with adding of Zinger ala carte. For drinks, just give me large Pepsi and my friend here preferring Milo.. He's not carbonated addicted.."

..alas..pic kat atas tu la kesudahan nyerr..konyang beb.. Tapi la kan, kali ni aku tertarik ngan plate kawan aku tuh.. Cuba korang tengok pinggan kawan aku tuh.. Licinnnn..!!! Memang record die yang terbaik la..

Sebelum aku lupa la, siang sebelum tu, kat ground, room-mate aku cakap ada orang jual seluar. Aku pun heran la.. Mana ada orang buat illegal business siang2 buta.. Dia cakap ada..! Tu..tengok kat luar tu..
Memang sah2 jual seluar!!!huhuhu..!!!

Wednesday, October 15, 2008

fuCK oFF!!

Ade ke bahasa yang lebih celaka dari kat atas nih..? Ade ke? Fucking shitt..Fucking bloody hell mungkin sesuai menggambarkan sakitnye hati aku. Nape aku marah-marah? Oww..yess.. Citer die, lebey kurang cenggini la..

..disebabkan aku merupakan member Pembantu Mahasiswa yang bertugas time budak-budak baru masuk UiTM Sarawak hari tu, so aku memang dikenali oleh sumer lapisan masyarakat..eh..? sume budak-budak baru la. Terutama pompuan la kan.. Tapi, nothing much..! Aku layan mereka itu seperti adik aku sendiri. Tapi kurang sket la. Kang jeles adek pompuan aku..

Tapi tah...camne aku bley kenal ngan sorang dak pompuan nih. Manis orang nyerr.. Bagai betik dibelah 2 dengan pisau tumpul kalu nak dibanding ngan aku. Tapi takpe..dia nak contact ngan aku.. Bagi jelah number aku..017..8..bla..bla..yada..yada..siapp..?

Pastu, dalam 2/3 hari contact ngan dia, aku dapat taw yang dia couple ngan musuh ketat aku masa dalam PALAPES UDARA dulu. Sekarang aku dah quit sebab mak aku tak kasi. Result hancur. Nasib baik maintain 3pointer..Hiss..! Anyhow, aku TAK kisah..truly don't care! Cuma aku heran, betapa murahnyer pompuan tu. Pakai tudung labuh-baju labuh-tapi diorang kenal tak sampai sebulan, alih-alih dah couple. Aiii..dia datang sini nak study ke tolong mak die untuk rancangan 'Cari Menantu'? Anyhow? Lantak dia laa..! Tapi aku dah bagi warning kat budak tu, jangan kerap sangat contact ngan aku. Sebab bopren dia musuh aku, aku tak nak jadi pape masalah. Aku tak nak gaduh. Sebab kalu aku gaduh, tak nak sikit-sikit. Tak nak setakat tarik-tarik rambut!Aku buat sampai dua-dua bley masuk hospital. Aku pun kena buang universiti! Hee...tak mau!

Tapi dia cakap ngan aku semalam dia dah putus.. Ye ke..?

Tak lama lepas tu, aku terserempak la dia masa aku tengah tunggu lecturer aku. Then, dia dok gurau la ngan aku-melawak itu ini..begitu begini..takde pape pownn..sampai la aku amek dia nyer kad matrik. Dia pun sentap aku punya. Celaka tol.. Lepas tu, aku melawak la tak nak kasi balik dia punya kad matrik. Dia punya merajuk sampai aku panggil dia buat-buat tak dengar. Aku dah hangat nih.. Takkan nak pakai kad matrik dia. Kang tak pasal-pasal kena saman ngan pak guard. Sapa nak bayar? Aku message warning dia-bagi balik kad matrik aku. Jangan ngada-ngada sangat. Tapi budak tu memang tak makan warning la tol la... Nasik yang dia makan dah hilangkan hormat dia kat aku. Sebal btol aku sepanjang jalan balik-pakai kad matrik pompuan. Sampai je bilik aku, aku tertengok jadual kuliah yang dia letak kat belakang kad matrik. Yess..pukul 2 petang dia ada kelas. Aku pun pegi la. Nak amek kad aku dan pulangkan kad dia. Aku just nak dengar satu permohonan maaf yang ikhlas daripada dia. Last-last dia buat perangai lagi-tapi aku sempat amek kad aku. Dan dia merajok lagi..

Aku memang dah hangat gilerr dah..sangat2! Aku SMS dia sekali lagi, warning, suruh dia amek kad dia pukul 9.15pm hari yang sama, lepas aku Common Test Statistics. Kalu dia tak amek, memang aku campak ke longkang la. Habis je test, aku terus gi Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur, aku nak jumpa dia, aku nak dengar maaf dia. Tengok-tengok dia bawak bopren dia yang dia kata dah putus tuh. Aku pelik-dan amat marah. Aku bagi je then aku blah! Aku tak nak gaduh. Lagipun, aku dah janji ngan kawan aku nak tolong dia wat assignment. Tetiba aku dengar bopren budak tu, laki keparat tu pekik "..aku tak nak tengok muka ko dah..!" lebey kurang camtu la dia pekik. Hmm..kalu tak teringatkan janji aku ngan kawan aku, aku patah balik.

So, aku taw dak celaka ngan laki keparat tu tak masuk blog aku, tapi aku nak cakap gak la, aku cukup kesian ngan diorang. Cukup kesian. Mintak Allah bukakkan hati diorang la. Tu je. By the way, PALAPES? aku takut pe..! Aku pun dulu PALAPES. PALAPES? Askar susu.. Sesetengah askar kata askar kendong. Sorry la..ilmu PALAPES untuk tolong masyarakat, agama dan negara, bukan untuk disalahguna. Ewww...pleasee...!!!

Sunday, September 28, 2008

Yang Agong..?Ye ke..?

Setelah lama aku tak ber-blog, akhirnya aku pun decided nak buat satu blog baru dgn amek nama blogspot sebagai domain. Free nyer laa.. Mana aku nak korek duit nak amek yang payware.. Tapi aku agak tertegun gak la bila masuk web home entrance blogger.com nih. Dia wat pakej untuk blogger yang just registered untuk register at once account Google. Anyhow, untuk 1st post ni aku akan introduce pasal aku dan orang2 kat sekeliling aku.

Dimulai ngan..

Haa..ni shot last sem.. Dapat detect aku mana satu? Dapat? Bagus.. Bagus..x dapat aku hempokk korg.. Start dari kiri atas - JeFf - Pijul - sHa - maN - HAKU. Bawah lak noNi dan MariE. Ni la dak2 business uitm samarahan batch julai/07.


Ni la pic family ke-2 haku. Kelab Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UiTM Kota Samarahan. Pelik?? Memang..diorang ni memang pantang dapat kamera.. Pic ni shot lepas demo mempertahankan diri untuk Kolej Sri Gading. Aku jadi samseng dow.. tapi x macam samseng pown..

Haa..gambar budak2 pancing..Eh..bukan laa..! Ni pic aku ngan schoolmate aku. Katne? Katne lagi.. Stesen Putra LRT Pasar Seni. Baek punya shot. Diorang skarang kat UIA PJ. Engineering guys.

Blurr..? Ni la kegilaan aku. Maen flight sim sampai lebamm bijik mata..! Flight sim ni direka khas oleh Microsoft untuk pilot training diorang nyer skill. Memang sebijik.. Training dalam ni, kalu crash, crash la aircraft korang kalu bawak real.

Yang kat atas ni lak aku shot untuk kenangan masa join PALAPES UDARA. Memang kenangan..

Kepada Ira, kenal x sape kat atas tuh? Yang pakai tudung purple dua2 tuh? Ok2..tengok pic kat bawah ni lak..

Hahaha!!! Semburrrr....!!!!

Keyh..aku rase tu saje untuk 1st post nih. Rajin2 lerr lawat aku ekk..