Saturday, February 7, 2009

Ulama & Pramugari

Aku rasa kan, sume yang baca blog aku nih dah tau citer pasal "Ulama & Pramugari". Lupa? Aku ingatkan balikk..

Seorang ulama sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu. Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing basin), seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulama itu dan menegurnya.

Pramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki. Ini tempat basuh muka bukan basuh kaki.

Ulama: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri...) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?

Pramugari: (dengan sifat angkuh...) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari.

Ulama: (dengan sifat bersahaja....) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.....

Apakah maksud ituu..??

Kat sini aku nak persoal balik:

1. Kenapa ulama tu nak solat dalam flight? Sedangkan bukankah ada rukhsah solat dan kemudahan jama' dan qasar? Fine..dia fly untuk short-haul flight.. Tapi dalam intro cerita tu kata dia terbang ke sebuah negeri. Maksudnya lebih dari dua marhalah, atau lebih 90km. Selalunya flight inter-state ni lebih dari dua marhalah. Sedangkan KL-JB pun 300km, kurang 50 minit.

2. Kenapa nak sindir pramugari camtu? Pramugari tu cuma nak jalankan tugas dia. Dah prosedur jagaan inventori pesawat kata camtu.

3. Aku tak rasa pramugari tu cakap dengan angkuh. Sebab selagi mereka bertugas, adalah dilarang untuk mereka bercakap kurang sopan dengan penumpang. Kawan aku sendiri, sekarang Second Officer MAS, en route flight ke Male nak honeymoon, tapi dia bukan on duty. Ada pax gaduh. Pun diorang try setle cara baik. Cuma akhirnya pax tu kena flexible cuff.. Padan muka..

4. Adakah ulama tu pentingkan diri sendiri?? Sebab kalu pramugari tu kata akan mengotorkan sink tu, hormat la orang lain nak pakai jugakk.. Kalu pun nak amek wuduk semula, aku rasa ada small cup yang bley tadah air untuk dia basuh kaki kat dalam toilet tuh..

So? Apa masalahnye founder cerita nihh..??Komen dialu-alukan...

No comments: